Recent Posts

Pages

Wednesday, October 22, 2014

Silat Dan Wali Allah



Sesiapapun boleh berusaha menjadi wali dan merasakan keindahannya dalam perguruan silat ini, malah anda mungkin lebih hebat dari pemimpin yang ada sekarang. SYARATNYA: CUBALAH SAMA-SAMA BERAMAL DENGAN HADIS DI BAWAH, SUPAYA KITA DAPAT MERAMAIKAN LAGI WALI-WALI ALLAH. BUKANNYA KHUSUS UNTUK TOK-TOK GURU DAN JURULATIH SAHAJA

"Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
Maksudnya:
"Sesungguhnya ALLAH berfirman: Sesiapa yang memusuhi wali kekasih-Ku, AKU mengisytiharkan perang ke atasnya. 

Tidak ada sesuatu yang boleh mendekatkan seorang hamba kepada-KU seperti menunaikan fardu-fardu yang telah AKU wajibkan ke atasnya.
Hamba-KU yang sentiasa mendekatkan diri kepada-KU dengan mengerjakan perkara-perkara yang disunatkan sehinggalah AKU mencintainya.

Jika AKU sudah mencintainya, AKU seakan-akan menjadi telinganya. Dengan itu, dia dapat mendengar, matanya dapat melihat, tangannya dapat memegang dan menjadi kakinya dapat berjalan. Jika dia meminta kepada-KU, AKU akan memberinya. Jika dia memohon perlindungan kepada-KU, AKU akan melindunginya." -Hadis riwayat al-Bukhari: 6502

Diterjemah oleh Azizah Mat Isa (Ijazah Usul Fiqh, UIAM) dalam buku Fatwa Kemusykilan Solat, hal.283 terbitan Karya Bestari

0 comments:

Post a Comment