hadis sahih abu daud
cukupka ilmu silat kita nak tahan sakit mcm sahabat nabi.
Jemput membaca hadis berikut. Selain ia memberi saya motivasi untuk meningkatkan kualiti solat, ada pengajaran lain yang akan saya terang di akhir hadis.
-------------------------
عَنْ جَابِرٍ قَالَ: خَرَجْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعْنِي فِي غَزْوَةِ ذَاتِ الرِّقَاع.ِ فَأَصَابَ رَجُلٌ امْرَأَةَ رَجُلٍ مِنْ الْمُشْرِكِينَ فَحَلَفَ أَنْ لَا أَنْتَهِيَ حَتَّى أُهَرِيقَ دَمًا فِي أَصْحَابِ مُحَمَّدٍ.
Daripada Jabir bin Abdullah radhiallahu 'anh, dia berkata: Kami keluar bersama Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dalam misi perang Dzat al-Riqa’. (Dalam peperangan itu), seorang lelaki (muslimin) telah menyerang isteri lelaki kaum musyrikin (kerana wanita itu turut berperang). Maka suami itu bersumpah bahawa dia tidak akan berhenti (untuk membalas dendam) sehinggalah dapat menumpahkan darah para sahabat Muhammad.
فَخَرَجَ يَتْبَعُ أَثَرَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَنَزَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْزِلًا فَقَال:َ مَنْ رَجُلٌ يَكْلَؤُنَا؟ فَانْتَدَبَ رَجُلٌ مِنْ الْمُهَاجِرِينَ وَرَجُلٌ مِنْ الْأَنْصَارِ. فَقَالَ: كُونَا بِفَمِ الشِّعْبِ.
Maka dia keluar mengikuti jejak Nabi shallallahu 'alaihi wasallam. Maka Nabi shallallahu 'alaihi wasallam turun di satu tempat persinggahan (untuk bermalam), lalu bertanya: “Siapakah lelaki yang akan mengawasi kami?” Seorang lelaki dari kalangan Muhajirin dan seorang lelaki dari kalangan Anshar menyahut segera seruan Nabi itu. Baginda berpesan: “Berjagalah di mulut (jalan masuk) bukit ini.”
قَالَ: فَلَمَّا خَرَجَ الرَّجُلَانِ إِلَى فَمِ الشِّعْبِ اضْطَجَعَ الْمُهَاجِرِيُّ وَقَامَ الْأَنْصَارِيُّ يُصَلِّ. وَأَتَى الرَّجُلُ فَلَمَّا رَأَى شَخْصَهُ عَرِفَ أَنَّهُ رَبِيئَةٌ لِلْقَوْمِ فَرَمَاهُ بِسَهْمٍ فَوَضَعَهُ فِيهِ فَنَزَعَهُ حَتَّى رَمَاهُ بِثَلَاثَةِ أَسْهُمٍ ثُمَّ رَكَعَ وَسَجَدَ.
Jabir melanjutkan: Maka tatkala dua lelaki itu keluar (dan sampai) ke mulut bukit, lelaki Muhajirin berbaring sementara lelaki Anshar bangun melaksanakan solat. Maka datanglah lelaki musyrikin tadi. Tatkala dia melihat ciri-ciri lelaki Anshar itu, dia tahu bahawa lelaki itu adalah pengawas bagi kaumnya (pasukan muslimin). Maka dia memanahnya dan mengena lelaki Anshar tersebut, tetapi dia menariknya keluar. Lelaki musyrikin itu terus memanah sehingga tiga anak panah sementara lelaki Anshar itu pula tetap rukuk dan sujud.
ثُمَّ انْتَبَهَ صَاحِبُهُ. فَلَمَّا عَرِفَ أَنَّهُمْ قَدْ نَذِرُوا بِهِ هَرَبَ. وَلَمَّا رَأَى الْمُهَاجِرِيُّ مَا بِالْأَنْصَارِيِّ مِنْ الدَّمِ قَال:َ سُبْحَانَ اللَّهِ أَلَا أَنْبَهْتَنِي أَوَّلَ مَا رَمَى؟ قَالَ: كُنْتَ فِي سُورَةٍ أَقْرَؤُهَا فَلَمْ أُحِبَّ أَنْ أَقْطَعَهَا.
Kemudian bangunlah sahabat Muhajirin yang berbaring tadi. Tatkala lelaki musyrikin mengetahui lelaki Muhajirin itu akan meminta pertolongan pasukannya, dia melarikan diri. Apabila lelaki Muhajirin melihat sahabat Ansharnya yang berlumuran darah, dia berkata: “Subhanallah! Kenapa tidak membangunkan aku apabila terkena panahan yang pertama?” Lelaki Anshar itu menjawab: “Aku saat itu sedang membaca surah (di dalam solat) dan tidaklah aku suka untuk memotongnya (dengan memberhentikan solat dan mengejutkan kamu)”.
[Shahih Sunan Abu Daud, no: 170/198]
-----------------------------
Dalam hadis ini terdapat pengajaran (dalil) bahawa darah bukanlah penghalang mahupun pembatal solat. Seandainya ia adalah penghalang atau pembatal solat, maka tentu sahabat itu akan menghentikan solatnya.
Demikian juga, peristiwa ini tentu akan sampai ke pengetahuan Rasulullah s.a.w., namun baginda tidak menegur perbuatan sahabat itu yang meneruskan solatnya.
Oleh itu, boleh bersolat meskipun anggota badan dan pakaian ada kesan darah, atau darah yang mengalir, baik sedikit mahupun banyak