Thursday, January 30, 2014
Pengenalan Silat Seni Pusaka Tujuh
3:31 AM
No comments
2.0 OBJEKTIF PERTUBUHAN
SILAT SENI PUSAKA TUJUH
i. Menjadikan silat melayu sebagai sebuah aliran
mempertahankan diri yang dapat membina pelajarnya kekuatan jiwa, ketinggian
akhlak, dapat mempertahankan diri dan menyambung tradisi budaya kepahlawanan
yang putih, bersih serta mulia.
ii. Pusaka
Tujuh dibina atau ditubuhkan untuk mengajar satu aliran persilatan yang bersih
dari noda syirik dan khurafat. Melahirkan generasi yang berpegang kepada
pedoman Islam yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah.
iii. Silat Pusaka Tujuh adalah antara
cabang dakwah untuk mengajar pelajarnya sifat tunduk dan taat kepada Rabb serta
berani untuk menegakkan kebenaran dan mencegah mungkaran.
iv. Pusaka Tujuh juga melatih persilatnya
agar tahu menggunakan kemahiran bersilat, mereka di larang mengunakan ilmu
silat kerana ingin berkelahi tetapi silat adalah untuk mempertahankan diri.
Jika ternyata pesilat itu mempunyai kemahiran yang tinggi di dalam ilmu
persilatan, Pusaka Tujuh menggalakkan mereka menyertai pertandingan silat
seperti SUKMA dan Kejuaraan Silat Kebangsaan. Supaya kemahiran itu dapat
berkembang pada tempatnya di samping dapat menimba pengalaman untuk memperbaiki
kelemahan diri.
3.0 TEMPAT PERTUBUHAN
SILAT SENI PUSAKA TUJUH
Tempat bagi Pertubuhan Silat Seni Pusaka
Tujuh beroperasi adalah di premis
yang beralamat No. 128, Jalan Balau, RPA Padang Besar, 02100 Padang Besar,
Perlis. Manakala tempat latihan utamanya adalah di Dewan Persatuan Al Islah
Perlis yang beralamat di Km 1.2, Jalan Mata Ayer, 02500 Mata Ayer,Perlis.
4.0 PENGIKTIRAFAN PERTUBUHAN
SILAT SENI PUSAKA TUJUH
Pertubuhan Silat Seni
Pusaka Tujuh telah diiktiraf oleh Pendaftar Pertubuhan Negeri Perlis sebagai
satu pertubuhan yang sah di sisi undang-undang dan telah pun mendapat kelulusan
Majlis Fatwa Negeri Perlis bahawa Pusaka Tujuh bersih dari segala macam amalan
yang bertentangan dengan syarak. Silat Pusaka Tujuh menurut Majlis Fatwa
Negeri Perlis harus di pelajari.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment