Pertubuhan Silat Seni Pusaka
Tujuh (PSSPT) adalah sebuah badan NGO budaya yang melatih persilatnya agar tahu menggunakan
kemahiran bersilat dengan mahir, mereka di larang mengunakan ilmu silat kerana
ingin berkelahi tetapi silat adalah untuk mempertahankan diri. Jika ternyata
pesilat itu mempunyai kemahiran yang tinggi di dalam ilmu persilatan, Pusaka
Tujuh menggalakkan mereka menyertai pertandingan silat seperti SUKMA dan Kejuaraan
Silat Kebangsaan. Supaya kemahiran itu dapat berkembang pada tempatnya
di samping dapat menimba pengalaman untuk memperbaiki kelemahan diri.
Selain itu,
Pertubuhan Silat Seni Pusaka Tujuh juga bertujuan menjadikan silat melayu sebagai sebuah aliran
mempertahankan diri yang dapat membina pelajarnya kekuatan jiwa, ketinggian
akhlak, dapat mempertahankan diri dan menyambung tradisi budaya kepahlawanan
yang putih, bersih serta mulia.
Disilibus dan ditubuhkan untuk
mengajar satu aliran persilatan yang bersih dari noda syirik dan khurafat serta
menjadi antara cabang dakwah untuk mengajar pesilatnya sifat tunduk dan taat
kepada Rabb serta berani untuk menegakkan kebenaran dan mencegah mungkaran. Melahirkan
generasi yang berpegang kepada pedoman Islam yang selaras dengan al-Qur’an dan
al-Sunnah.
OBJEKTIF PERTUBUHAN SILAT SENI PUSAKA TUJUH
i. Menjadikan silat melayu sebagai sebuah aliran mempertahankan diri yang dapat membina pelajarnya kekuatan jiwa, ketinggian akhlak, dapat mempertahankan diri dan menyambung tradisi budaya kepahlawanan yang putih, bersih serta mulia.
ii. Pusaka Tujuh dibina atau ditubuhkan untuk mengajar satu aliran persilatan yang bersih dari noda syirik dan khurafat. Melahirkan generasi yang berpegang kepada pedoman Islam yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah.
iii. Silat Pusaka Tujuh adalah antara cabang dakwah untuk mengajar pelajarnya sifat tunduk dan taat kepada Rabb serta berani untuk menegakkan kebenaran dan mencegah mungkaran.
iv. Pusaka Tujuh juga melatih persilatnya agar tahu menggunakan kemahiran bersilat, mereka di larang mengunakan ilmu silat kerana ingin berkelahi tetapi silat adalah untuk mempertahankan diri. Jika ternyata pesilat itu mempunyai kemahiran yang tinggi di dalam ilmu persilatan, Pusaka Tujuh menggalakkan mereka menyertai pertandingan silat seperti SUKMA dan Kejuaraan Silat Kebangsaan. Supaya kemahiran itu dapat berkembang pada tempatnya di samping dapat menimba pengalaman untuk memperbaiki kelemahan diri.
3.0 TEMPAT PERTUBUHAN SILAT SENI PUSAKA TUJUH
Tempat bagi Pertubuhan Silat Seni Pusaka Tujuh beroperasi adalah di premis yang beralamat No. 128, Jalan Balau, RPA Padang Besar, 02100 Padang Besar, Perlis. Manakala tempat latihan utamanya adalah di Dewan Persatuan Al Islah Perlis yang beralamat di Km 1.2, Jalan Mata Ayer, 02500 Mata Ayer,Perlis.
4.0 PENGIKTIRAFAN PERTUBUHAN SILAT SENI PUSAKA TUJUH
Pertubuhan Silat Seni Pusaka Tujuh telah diiktiraf oleh Pendaftar Pertubuhan Negeri Perlis sebagai satu pertubuhan yang sah di sisi undang-undang dan telah pun mendapat kelulusan Majlis Fatwa Negeri Perlis bahawa Pusaka Tujuh bersih dari segala macam amalan yang bertentangan dengan syarak. Silat Pusaka Tujuh menurut Majlis Fatwa Negeri Perlis harus di pelajari.
ZUBIR BIN MAT ISA
Yang Dipetua,
Pertubuhan Silat Seni Pusaka Tujuh
0 comments:
Post a Comment