Recent Posts

Pages

TERBUKA KEPADA SEMUA BANGSA DAN AGAMA

Latihan yang disilibuskan sesuai untuk semua bangsa agar silat dapat dimartabatkan hingga ke peringkat antarabangsa.

Yuran RM 5 - RM 10 Setahun

Pihak kami cuba ikhlaskan diri dalam memberi ilmu, semua kesempatan untuk menjulang pingat tidak akan dibebankan dengan yuran pertubuhan.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Thursday, January 30, 2014

Ucapan Dasar Guru Utama

Pertubuhan Silat Seni Pusaka Tujuh (PSSPT) adalah sebuah badan NGO budaya yang melatih persilatnya agar tahu menggunakan kemahiran bersilat dengan mahir, mereka di larang mengunakan ilmu silat kerana ingin berkelahi tetapi silat adalah untuk mempertahankan diri. Jika ternyata pesilat itu mempunyai kemahiran yang tinggi di dalam ilmu persilatan, Pusaka Tujuh menggalakkan mereka menyertai pertandingan silat seperti SUKMA dan Kejuaraan Silat Kebangsaan. Supaya kemahiran itu dapat berkembang pada tempatnya di samping dapat menimba pengalaman untuk memperbaiki kelemahan diri.

Selain itu, Pertubuhan Silat Seni Pusaka Tujuh juga bertujuan menjadikan silat melayu sebagai sebuah aliran mempertahankan diri yang dapat membina pelajarnya kekuatan jiwa, ketinggian akhlak, dapat mempertahankan diri dan menyambung tradisi budaya kepahlawanan yang putih, bersih serta mulia.

Disilibus dan ditubuhkan untuk mengajar satu aliran persilatan yang bersih dari noda syirik dan khurafat serta menjadi antara cabang dakwah untuk mengajar pesilatnya sifat tunduk dan taat kepada Rabb serta berani untuk menegakkan kebenaran dan mencegah mungkaran. Melahirkan generasi yang berpegang kepada pedoman Islam yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah.


OBJEKTIF PERTUBUHAN SILAT SENI PUSAKA TUJUH

i.              Menjadikan silat melayu sebagai sebuah aliran mempertahankan diri yang dapat membina pelajarnya kekuatan jiwa, ketinggian akhlak, dapat mempertahankan diri dan menyambung tradisi budaya kepahlawanan yang putih, bersih serta mulia.

ii.            Pusaka Tujuh dibina atau ditubuhkan untuk mengajar satu aliran persilatan yang bersih dari noda syirik dan khurafat. Melahirkan generasi yang berpegang kepada pedoman Islam yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah.

iii.           Silat Pusaka Tujuh adalah antara cabang dakwah untuk mengajar pelajarnya sifat tunduk dan taat kepada Rabb serta berani untuk menegakkan kebenaran dan mencegah mungkaran.

iv.           Pusaka Tujuh juga melatih persilatnya agar tahu menggunakan kemahiran bersilat, mereka di larang mengunakan ilmu silat kerana ingin berkelahi tetapi silat adalah untuk mempertahankan diri. Jika ternyata pesilat itu mempunyai kemahiran yang tinggi di dalam ilmu persilatan, Pusaka Tujuh menggalakkan mereka menyertai pertandingan silat seperti SUKMA dan Kejuaraan Silat Kebangsaan. Supaya kemahiran itu dapat berkembang pada tempatnya di samping dapat menimba pengalaman untuk memperbaiki kelemahan diri.

3.0       TEMPAT PERTUBUHAN SILAT SENI PUSAKA TUJUH
Tempat bagi Pertubuhan Silat Seni Pusaka Tujuh beroperasi adalah di premis yang beralamat No. 128, Jalan Balau, RPA Padang Besar, 02100 Padang Besar, Perlis. Manakala tempat latihan utamanya adalah di Dewan Persatuan Al Islah Perlis yang beralamat di Km 1.2, Jalan Mata Ayer, 02500 Mata Ayer,Perlis.

4.0       PENGIKTIRAFAN PERTUBUHAN SILAT SENI PUSAKA TUJUH

                Pertubuhan Silat Seni Pusaka Tujuh telah diiktiraf oleh Pendaftar Pertubuhan Negeri Perlis sebagai satu pertubuhan yang sah di sisi undang-undang dan telah pun mendapat kelulusan Majlis Fatwa Negeri Perlis bahawa Pusaka Tujuh bersih dari segala macam amalan yang bertentangan dengan syarak. Silat Pusaka Tujuh menurut Majlis Fatwa Negeri Perlis harus di pelajari.


ZUBIR BIN MAT ISA
Yang Dipetua,
Pertubuhan Silat Seni Pusaka Tujuh

TOKOH-TOKOH BERKAITAN PERTUBUHAN SILAT SENI PUSAKA TUJUH


I.                   ZUBIR BIN MAT ISA
Zubir bin Mat Isa adalah pengasas dan Guru Utama Silat Seni Pusaka Tujuh (SSPT). Dilahirkan pada 17 Mei 1964 di Padang Besar Utara, Perlis. Beliau membesar sebagai anak sempadan Thailand dan Malaysia dan terdedah dengan suasana yang bergolak dengan kegiatan P.K.M.(Parti Kominis Malaya), samseng,penyeludupan,pelacuran dan berbagai bagai gejala liar dan ganas di sempadan ketika itu yang digelar ‘cowboy town’. Keadaan yang tidak aman dan sentiasa terjadi tembak menembak, perkelahian dan gejala samseng telah menyebabkan beliau meminati aliran seni mempertahankan diri. Pada awal remajanya beliau terdedah dengan aliran Muay Thai atau Siamese Tomoi, kerana Muay Thai adalah antara budaya seni bela diri yang ada di sempadan ketika itu. Apabila usianya meningkat 13 tahun, beliau mempelajari aliran kebatinan yang dikenali sebagai Seni Persaudaraan Nasrul Haq. Tetapi beliau terpaksa berhenti kerana dihalang oleh ayahnya dari terus mempelajari Nasrul Haq, kerana menurut ayahnya silat itu bertentangan dengan syariat Islam.
Ayah Guru Utama bernama Mat Isa Bin Osman dan mempunyai berbagai gelaran antaranya Lebai Isa, Lebai Jawa dan gelaran dalam dunia kemegahan laduni adalah Lebai Jawa Anak Rimau. Beliau adalah tokoh pondok, Kalifah bayangan Tarikat Suluk dan seorang yang digeruni kerana garangnya. Apabila beliau menerima ajaran Islam menurut Al-Quran dan As-Sunnah, beliau meninggalkan segala amalan khurafat dan syirik serta keluar dari tarikat Suluk. Beliau kemudiannya menjadi imam masjid Padang Besar Utara, Perlis dan mengajar agama serta Al-Quran kepada anak kariah. Beliau sangat bimbang anaknya menjadi sesat dengan mempelajari ilmu silat kerana sejauh pengalamannya, dia belum menemui silat yang tidak ada di dalamnya ajaran sesat atau khurafat.
Guru Utama adalah berketurunan Jawa, keturunannya berdagang dari Sumatera ketanah Melayu dan membuka tanah penempatan di kawasan Alor Ara, mukim Sungai Adam, Mata Ayer,Perlis. Guru Utama sememangnya dari keturunan pendekar dan keturunannya mewarisi Seni Gayung Asli dari Tanah Seberang sebagai silat keluarga dan amat kuat dengan amalan saka yang digelar ‘Ledang’(sejenis harimau jadian).
Tetapi apabila ayah Guru Utama menerima pegangan agama Islam yang benar dari berbagai guru semasa itu dan mendalaminya dengan bersungguh sungguh, beliau menolak segala amalan khurafat, seperti silat warisan keluarganya juga saka ‘Ledang’ peliharaan keluarganya.Ayahnya amat melarang menuntut ilmu silat kerana padanya ilmu itu penuh dengan khurafat dan kesyirikan. Disebabkan perkara inilah, Guru Utama amat sukar untuk mempelajari ilmu silat. Pada tahun 1978, Zubir bin Mat Isa bertemu dengan seorang pendekar yang sangat terkenal semasa muda kerana kehebatan ilmunya, pernah mengalahkan askar Jepun yang bersenjata hanya dengan tangan kosong. Beliau bernama Penghulu Yusuf bin Abdullah atau di kenali sebagai Pak Choh Tok Ie’. Pak Coh Tok Ie’ pernah mengalahkan seorang pegawai askar Jepun yang bersenjatakan pedang samurai dengan hanya menggunakan tangan kosong di sebuah tempat bernama Bukit Keteri. Disebabkan kejadian tersebut pegawai askar Jepun itu menjadi kagum dan mengangkat Pak Coh menjadi Penghulu di Kampong Peruah, Tok Kayaman, Perlis.
Tentera Jepun menghadiahkan sepasang pedang samurai serta sebuah basikal sebagai tanda penghargaan kepada Pak Choh. Beliau adalah antara pendekar Silat Terelak yang mendidik Zubir Mat Isa dengan ilmu silat yang hebat dari segi latihan dan buah pukulannya. Ini adalah disebabkan pengalaman Pak Choh yang banyak dalam bertarung di dalam gelanggang, beliau adalah antara juara gelanggang silat yang tidak pernah dikalahkan di tempatnya semasa itu. Namun Zubir Mat Isa tidak dapat berguru lama dengan Penghulu Yusuf bin Abdullah kerana ayahnya Lebai Isa (Mat Isa) menyuruhnya berhenti dari berguru dengan Pak Choh.
Akhirnya Guru Utama telah membawa diri ke Kuala Lumpur ketika usia lebih kurang lima belas (15) tahun. Beliau terpaksa meninggalkan Perlis atas nasihat pasukan Polis dan Wakil Rakyat Kawasan Padang Besar Goh Eng Ton dan cadangan tersebut disokong oleh ayahnya Mat Isa. Kejadian ini berlaku kerana Guru Utama yang semasa itu adalah Ketua Pengawas Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 16 ( kini namanya ditukar menjadi Sekolah Menengah Raja Puan Muda Tengku Fauziah ), beliau terlibat dalam satu pergaduhan besar dengan kumpulan orang cina Pekan Sayur, Kaki Bukit, Perlis yang menyerang sekolah tersebut. Zubir Mat Isa adalah seorang Ketua Pengawas paling muda di Perlis pada tahun 1979, beliau dipilih kerana tegas dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Pengawas semasa sekolah. Pergaduhan itu berlaku di antara kumpulan kongsi gelap cina dan pelajar melayu. Kerana keberaniannya mempertahankan sekolah bersama seorang teman seperguruannya Syed Tarmizi dan seorang guru wanita di sekolahnya yang bernama cikgu Asmah, Zubir Mat Isa telah diugut untuk dibunuh. Maka disebabkan kejadian tersebut beliau telah dinasihatkan pindah dari Perlis untuk menjamin keselamatan diri beliau.
Semasa di Kuala Lumpur beliau menetap di Kampung Pandan, di rumah abang iparnya. Di sini beliau berjinak-jinak dengan silat sambil beliau mendalami ilmu beladiri Jepun Karate do dan Tai Chi. Kesempatan berjauhan dengan bapanya di gunakan sebaik mungkin untuk mempelajari ilmu beladiri. Di antara silat yang sempat dipelajari semasa di Kampung Pandan adalah Depowoojo (silat Jawa) dan Gerak Alam Suci. Tetapi lebih kurang setahun setengah selepas itu, beliau telah menghadapi krisis keluarga dengan abang iparnya. Ianya berpunca daripada pendiriannya yang berbeza dan akibat campur tangan ayahnya Lebai Isa telah menyebabkan beliau keluar dari Kampung Pandan dan memulakan perantauan.
Beliau merantau ke merata tempat seperti Indonesia selama lebih 3 bulan dan semenanjung Malaysia. Beliau merantau sambil mencari ilmu dan mendalami berbagai ilmu silat, perubatan tradisi Melayu dan juga ilmu agama. Akhirnya setelah beberapa tahun beliau merantau dan mempelajari ilmu silat Melayu dan Pencak Silat Indonesia (Cimande), Zubir Mat Isa kembali ke Perlis. Namun kepulangannya tidak dapat merapatkannya dengan keluarganya kerana pendirian dan cara hidupnya tidak dapat diterima oleh keluarganya. Beliau terpulau oleh keluarganya sendiri, tetapi ini semua tidak pernah mematahkan semangatnya. Zubir Mat Isa terus merantau dan mula mengajar ilmu silat yang dipelajarinya. Di sebabkan banyak aliran silat yang di pelajarinya, beliau telah menghadapi masalah tentang cara mana hendak mengajar kepada muridnya.
Bermula dari cara yang tidak tersusun Zubir Mat Isa telah menyusun latihan dan jurus sehingga menjadi satu silibus yang merangkumi berbagai teknik dan taktik dari berbagai alam persilatan dan silibus inilah yang di namakan Pusaka Tujuh.
Akhirnya Zubir Mat Isa terus maju dengan perkembangan silatnya dan membuka kelas latihan silat di serata tempat di Perlis. Bermula dengan cabaran demi cabaran dari keluarga, masyarakat dan rakan-rakannya, beliau menempuh berbagai kegagalan ketika mula mengajar silat kerana kurang pengetahuan tentang cara mengajar, akhirnya kini Pusaka Tujuh telah menjadi sebuah Pertubuhan silat berdaftar dan di segani kawan dan lawan.
Silat Pusaka Tujuh telah berkembang ke Perancis, Jerman, Sweden dan Thailand. Guru Utama Zubir Mat Isa berjaya menjadi Wasit/Juri kelas Antarabangsa (Pengadil silat) dan isteri keduanya menjadi juara dua Kejuaraan Silat Sedunia. Beliau mempunyai anak seramai sembilan orang dan kesemuanya terlibat  dalam alam persilatan. Mereka berjaya melonjakkan diri dalam dunia persilatan dengan menjuarai beberapa kejuaraan antaranya : Zulfakar Zubir juara remaja kebangsaan sebanyak dua kali, Zulkarnian Zubir juara remaja kebangsaan. Demikian juga dari anak anak murid Pusaka Tujuh yang lain, mereka berjaya di peringkat negeri dan kebangsaan.
Sebenarnya ramai yang tidak memahami perjalanan hidup yang cuba ditempuh oleh Zubir Mat Isa. Beliau inginkan sesuatu yang berbeza dalam kehidupannya, gemarkan cabaran, suka membina suatu yang baru dalam kehidupan tetapi benci kepada sikap suka meniru budaya atau cara hidup orang lain.
Falsafahnya ‘Jika ingin maju dan berjaya, pastikan kita tidak menyamai jalan orang orang yang gagal.’Walaupun ayahnya Mat Isa bin Osman menetang dan tidak dapat memahami apa yang di lakukan oleh Zubir Mat Isa tetapi apabila melihat sendiri bagaimana Silat Pusaka Tujuh berkembang tanpa sebarang aliran kebatinan, malah Pusaka Tujuh sangat menentang amalan kebatinan di dalam persilatan, Mat Isa Osman akhirnya menyokong perjuangan Zubir Mat Isa, sebelum meninggal dunia. Beliau mewasiatkan sebidang tanah diwakafkan untuk tujuan kebajikan yang di lakukan oleh kumpulan silat Pusaka Tujuh.
Kini Silat Seni Pusaka Tujuh telah pun mendapat kelulusan Majlis Fatwa Negeri Perlis bahawa Pusaka Tujuh bersih dari segala macam amalan yang bertentangan dengan syarak. Silat Pusaka Tujuh menurut Majlis Fatwa Negeri Perlis harus di pelajari. Silat Pusaka Tujuh tidak mempunyai amalan kebatinan tetapi guru Utama telah Berjaya mencipta kekuatan dalaman yang di hasilkan secara pergerakkan dan penumpuan fikiran yang di namakan pancaindera keenam. Di mana untuk mendapat kekuatan dalaman ini persilat memerlukan kesungguhan latihan, keyakinan yang jitu dan semangat yang tinggi.

II.                 MAT ISA BIN OSMAN
Mat Isa Bin Osman adalah bapa Zubir bin Mat Isa dan mempunyai berbagai gelaran antaranya Lebai Isa, Lebai Jawa dan gelaran dalam dunia kemegahan laduni adalah Lebai Jawa Anak Rimau. Beliau adalah tokoh pondok, Kalifah Bayangan Tarikat Suluk dan seorang yang digeruni kerana garangnya. Apabila beliau menerima ajaran Islam menurut Al-Quran dan As-Sunnah, beliau meninggalkan segala amalan khurafat dan syirik serta keluar dari tarikat Suluk. Beliau kemudiannya menjadi imam masjid Padang Besar Utara, Perlis dan mengajar agama serta Al-Quran kepada anak kariah. Beliau sangat bimbang anaknya menjadi sesat dengan mempelajari ilmu silat kerana sejauh pengalamannya ia belum menemui silat yang tidak ada di dalamnya ajaran sesat atau khurafat.
Mat Isa bin Osman menetang dan tidak dapat memahami apa yang di lakukan oleh Zubir Mat Isa tetapi apabila melihat sendiri bagaimana Silat Pusaka Tujuh berkembang tanpa sebarang aliran kebatinan, malah Pusaka Tujuh sangat menentang amalan kebatinan di dalam persilatan, Mat Isa Osman akhirnya menyokong perjuangan Zubir Mat Isa, sebelum meninggal dunia. Beliau mewasiatkan sebidang tanah diwakafkan untuk tujuan kebajikan yang di lakukan oleh kumpulan silat Pusaka Tujuh.

III.              Penghulu Yusuf bin Abdullah atau di kenali sebagai Pak Choh Tok  Ie’.
Pada tahun 1978, Zubir bin Mat Isa telah bertemu dengan beliau, seorang pendekar yang sangat terkenal kerana kehebatan ilmunya semasa muda. Beliau adalah antara pendekar silat Terelak yang mendidik Zubir Mat Isa dengan ilmu silat yang hebat dari segi latihan dan buah pukulannya. Beliau bernama Yusuf bin Abdullah atau di kenali sebagai Pak Choh Tok Ie’.
Pak Coh Tok Ie’ pernah mengalahkan seorang pegawai askar Jepun yang bersenjatakan pedang samurai dengan hanya menggunakan tangan kosong di sebuah tempat bernama Bukit Keteri. Disebabkan kejadian tersebut pegawai askar Jepun itu menjadi kagum dan mengangkat Pak Coh menjadi Penghulu di Kampong Peruah, Tok Kayaman, Perlis.

Tentera Jepun menghadiahkan sepasang pedang samurai serta sebuah basikal sebagai tanda penghargaan kepada Pak Choh. Ini adalah disebabkan pengalaman Pak Choh dalam pertarungan di gelanggang yang hebat, beliau adalah di antara juara gelanggang silat yang tidak pernah dikalahkan di tempatnya semasa itu. Namun Zubir Mat Isa tidak dapat berguru lama dengan Penghulu Yusuf bin Abdullah kerana ayahnya Lebai Isa (Mat Isa) menyuruhnya berhenti dari berguru dengan Pak Choh.

Pengenalan Silat Seni Pusaka Tujuh

2.0       OBJEKTIF PERTUBUHAN SILAT SENI PUSAKA TUJUH

i.              Menjadikan silat melayu sebagai sebuah aliran mempertahankan diri yang dapat membina pelajarnya kekuatan jiwa, ketinggian akhlak, dapat mempertahankan diri dan menyambung tradisi budaya kepahlawanan yang putih, bersih serta mulia.

ii.            Pusaka Tujuh dibina atau ditubuhkan untuk mengajar satu aliran persilatan yang bersih dari noda syirik dan khurafat. Melahirkan generasi yang berpegang kepada pedoman Islam yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah.

iii.           Silat Pusaka Tujuh adalah antara cabang dakwah untuk mengajar pelajarnya sifat tunduk dan taat kepada Rabb serta berani untuk menegakkan kebenaran dan mencegah mungkaran.

iv.           Pusaka Tujuh juga melatih persilatnya agar tahu menggunakan kemahiran bersilat, mereka di larang mengunakan ilmu silat kerana ingin berkelahi tetapi silat adalah untuk mempertahankan diri. Jika ternyata pesilat itu mempunyai kemahiran yang tinggi di dalam ilmu persilatan, Pusaka Tujuh menggalakkan mereka menyertai pertandingan silat seperti SUKMA dan Kejuaraan Silat Kebangsaan. Supaya kemahiran itu dapat berkembang pada tempatnya di samping dapat menimba pengalaman untuk memperbaiki kelemahan diri.

3.0       TEMPAT PERTUBUHAN SILAT SENI PUSAKA TUJUH
Tempat bagi Pertubuhan Silat Seni Pusaka Tujuh beroperasi adalah di premis yang beralamat No. 128, Jalan Balau, RPA Padang Besar, 02100 Padang Besar, Perlis. Manakala tempat latihan utamanya adalah di Dewan Persatuan Al Islah Perlis yang beralamat di Km 1.2, Jalan Mata Ayer, 02500 Mata Ayer,Perlis.

4.0       PENGIKTIRAFAN PERTUBUHAN SILAT SENI PUSAKA TUJUH

                Pertubuhan Silat Seni Pusaka Tujuh telah diiktiraf oleh Pendaftar Pertubuhan Negeri Perlis sebagai satu pertubuhan yang sah di sisi undang-undang dan telah pun mendapat kelulusan Majlis Fatwa Negeri Perlis bahawa Pusaka Tujuh bersih dari segala macam amalan yang bertentangan dengan syarak. Silat Pusaka Tujuh menurut Majlis Fatwa Negeri Perlis harus di pelajari.

Pengesahan Pusaka Tujuh Oleh JAKIM

Pertubuhan Silat Seni Pusaka Tujuh telah diiktiraf oleh Pendaftar Pertubuhan Negeri Perlis sebagai satu pertubuhan yang sah di sisi undang-undang dan telah pun mendapat kelulusan Majlis Fatwa Negeri Perlis bahawa Pusaka Tujuh bersih dari segala macam amalan yang bertentangan dengan syarak. Silat Pusaka Tujuh menurut Majlis Fatwa Negeri Perlis harus di pelajari.