Alhamdulillah pada tahun ini, Pusaka Tujuh meneruskan lagi tradisi memproses haiwan korban khususnya kambing. Keistimewaan teknik proses kambing oleh tim Cikgu Zubir Mat Isa adalah mereka menjaga kualiti daging sehingga bau kambing dapat diminimakan. Daging kambing seperti ini amat sesuai untuk dicuba oleh individu yang trauma dengan aroma kambing.
Kali ini, terdapat pak cik- pak cik dan adik-adik junior turut serta memerhati dan mempelajari keunikan teknik proses kambing tersebut. Pada kami, tiada yang eksklusif tentang teknik tersebut melainkan ianya adalah teknik gantung kaki belakang kambing dan pentingnya menjaga daging agar tidak terkesan dengan gangguan dari aroma bulu-bulu, pundi kencing, darah serta hempedu.
Kami memang tidak akan sesekali gantung kepala semasa memproses kambing yang disembelih. Turut membantu kali ini ialah Cikgu Ghani dan isterinya Cikgu Asmawati, Cikgu Zulkarnain, Cikgu Aman, Adik Safwan serta rakannya, sanak-saudara Cikgu Zubir Mat Isa dan tuan-tuan haiwan sembelihan yang turut serta. Ini sedikit gambar untuk kenangan korban 23 ekor kambing kali ini.
اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله ُ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ وللهِ الْحَمْدُ
0 comments:
Post a Comment