Recent Posts

Pages

TERBUKA KEPADA SEMUA BANGSA DAN AGAMA

Latihan yang disilibuskan sesuai untuk semua bangsa agar silat dapat dimartabatkan hingga ke peringkat antarabangsa.

Yuran RM 5 - RM 10 Setahun

Pihak kami cuba ikhlaskan diri dalam memberi ilmu, semua kesempatan untuk menjulang pingat tidak akan dibebankan dengan yuran pertubuhan.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Thursday, June 25, 2020

SILAT TEROLAK



Asal-usul Silat Terolak di Perlis

  1. Silat Terolak mula dipelajari oleh Guru Utama pada tahun 1978 di sebuah kampung bernama Perawah, (mungkin) kawasan Dato Kayaman berhampiran Kampung Ngulang, Perlis.

  2. Silat ini diajar oleh seorang penghulu yang bernama Yusuf bin Abdullah atau dikenali sebagai Pak Choh Tok Ie . Beliau berumur sekitar 80 tahun dan dilantik sebagai penghulu oleh tentera Jepun pada suatu masa dahulu.

  3. Penghulu Yusuf adalah antara pendekar-pendekar negeri Perlis yang masih tersisa pada masa itu.

  4. Silat Terolak diceritakan berasal dari Tanah Sumatera, dibawa ke Tanah Melayu atau negeri Perlis khususnya oleh abang ipar kepada Pak Choh Tok Ie @ Penghulu Yusuf Abdullah. 

  5. Akhirnya, Pak Choh mengembangkan silat ini kepada beberapa orang. Antaranya adalah Guru Utama sendiri, En Zubir bin Mat Isa, Said Tarmizi bin Said Hamdan dan En Misli yang merupakan seorang anak murid mahir dan banyak mempelajari silat Terolak ini.


Teknik Silat Terolak

  1. Silat ini lebih mefokuskan cara tempur atau lebih mementingkan teknik-teknik cara berlawan.

  2. Semasa mempelajari silat ini, tidak banyak gerak tari yang diajarkan oleh jurulatih. Jurus-jurus atau tari seperti gerak tari helang, tari kera, gerak harimau tidak banyak diajar kerana silat ini lebih ke arah gerak tempur pendekar seperti menangkis, menyerang dan teknik kuncian yang tersendiri.

  3. Terolak banyak menggunakan kaedah serangan tangan dan kurang menggunakan serangan kaki.

  4. Kehebatan silat ini adalah kecepatan dan teknik serangan tangannya yang mengelirukan. Lazimnya silat Terolak menyerang lawan dari arah sisi tubuh individu tersebut.

  5. Terolak adalah gerak silat yang mengutamakan latihan fizikal secara berterusan, mementingkan kecepatan tangan dengan tekun berlatih dan inilah ciri-ciri silat Terolak yang dipelajari oleh Guru Utama. Silat yang amat menitikberatkan latihan fizikal untuk memantapkan serangan.

  6. Selain itu, silat Terolak mendidik pelatihnya bersikap rajin, bersungguh-sungguh dan memiliki ketahanan diri yang tinggi untuk mencapai tahap-tahap seperti Perlimau Satu, Perlimau Dua dan seterusnya.

  7. Pada masa dahulu, silat ini turut terikat dengan pelbagai kaedah tradisional seperti mempunyai Tapak Perguruan walaupun gerak tarinya tidak terlalu lama. Tapak Perguruan Terolak tidak mempunyai pola tapak empat kerana hanya mempunyai pola langkah maju dan undur sahaja.

  8. Silat Terolak tidak mempunyai terlalu banyak teknik latihan tetapi fokus kepada teknik serangan, tangkisan dan kuncian yang berkesan.

  9. Silat ini tidak ada jurus serangan  atau kawad silat yang khusus. Sekiranya ada sekarang ini, ianya adalah modul yang direka untuk memudahkan pembelajaran.

  10. Terolak pada asalnya tidak terlalu mementingkan kemantapan gaya langkah tetapi mementingkan kecepatan dalam bertindak.

  11. Sekarang ini, sekiranya ada perbezaan kaedah belajar ianya adalah bertujuan untuk mewujudkan langkah-langkah yang bersistem, serangan tumbukan yang lebih tersusun. Sebelum ini silat Terolak tidak mementingkan tumbukan yang bergaya dan sebagainya kecuali cepat, mantap dan berkesan.

  12. Tidak ada cara tumbukan yang khusus asalkan ianya tumbuk dan pihak lawan dapat menangkis serta serang kembali dengan kaedah “jual beli” dan akhirnya dapat menjatuhkan lawannya.

  13. Silat Terolak tidak seperti silat dewasa ini yang mementingkan keindahan serangan, kemantapan sikap dan sebagainya.

  14. Peringkat senjata dalam Silat Terolak adalah keris.


Perlimau

  1. Perlimau adalah nama majlis sekiranya tamat sesi latihan sesuatu peringkat. Sekiranya tamat buah pertama silat Terolak, perguruan akan adakan sesi Perlimau. Perlimau menandakan pesilat akan sambung ke peringkat seterusnya dan tidak semestinya perlu mandi air limau atau sebagainya.

  2. Dalam silat lain lazimnya perlimau diadakan upacara mandi bunga atau mandi limau purut tetapi sesi Perlimau Silat Terolak tidak mempunyai adat istiadat mandi. Sesi Perlimau Silat Terolak mempunyai sesi ujian untuk menilai ingatan dan kecekapan pesilat seterusnya sambung ke peringkat berikutnya.

  3. Mandi bunga dalam silat Terolak adalah hanya untuk mengembalikan kesegaran badan. Mandi ini lazimnya menghimpunkan bunga yang berbagai jenis dan warna serta herba dalam air dan mandi seperti biasa. Ianya hanya untuk mengembalikan kekuatan badan setelah lenguh dalam latihan dan sebagainya.


Sejarah Mula Mengajar

  1. Ketika berusia 15 tahun pada tahun 1979, selepas enam atau tujuh bulan berguru, Guru Utama telah mula mengajar silat Terolak kepada beberapa orang. Ketika sedang belajar telah mula mengajar orang.

  2. Ianya bermula ketika sedang berlatih bersama rakan seperguruan, terdapat beberapa orang tertarik dengan cara latihan silat Terolak.

  3. Anak murid yang berminat ketika itu terdiri daripada orang melayu dan beberapa orang pemuda cina.

  4. Latihan Terolak yang cepat dan tubi kelihatan seperti senibeladiri cina ketika pelatih sedang mempelajarinya.

  5. Ianya jauh berbeza dengan silat lain yang kelihatan seolah-olah silat pulut yang lemah lembut ketika zaman itu. Ketangkasan latihan Terolak dapat menarik minat pemuda lain untuk mempelajarinya. Selain Terolak, hanya muay thai di kawasan Padang Besar yang mengamalkan latihan gerak cepat.

  6. Selebihnya hanya ada aliran silat kebatinan seperti silat Kandung Kandang Kalimah, Nasrul Haq dan sebagainya.

  7. Silat yang bercorak tempur seperti Gayong Malaysia dan sebagainya belum muncul di daerah Padang Besar ketika itu.


Hubung Kait Terolak Dan Pusaka Tujuh

  1. Terolak menjadi ilmu yang senantiasa diingati oleh Guru Utama. Walaupun setelah mempelajari beberapa aliran seni mempertahankan diri ketika berhijrah ke Kuala Lumpur seperti Karate, Vin Chun, Tai Chi dan silat Depowojo sehingga merantau belajar seni beladiri Cimande  di Indonesia, tetapi Silat Terolaklah yang menjadi jati diri dan aliran yang Guru Utama gunakan ketika berada dalam keadaan genting.

  2. Dapat dikatakan kemahiran Guru Utama lebih sebati dengan Silat Terolak kerana buahnya agak unik dan mudah digunakan. Lazimnya sekiranya terlibat dalam pertempuran, buah Silat Terolak lebih menepati dan berkesan untuk menumpaskan lawan.

  3. Jadi apabila Pusaka Tujuh ditubuhkan, Guru Utama menggabungkan beberapa aliran silat dan seni mempertahankan diri termasuk Cimande dalam Pusaka Tujuh, aliran Terolak tetap diutamakan. 

  4. Walaupun Pusaka Tujuh menggunakan elemen silat dan seni mempertahankan diri lain dalam rangka memperkasakan gerak silat agar gerakan kaki menjadi mantap, kelebihan kecekapan tangan Terolak tetap dititikberatkan. Secara dasarnya serangan kaki diambil dari aliran Cimande dan teknik gulingan diambil dari aliran lainnya. Ianya bertujuan untuk menjadikan Pusaka Tujuh adalah silat yang mantap dan mampu berdaya saing di peringkat negeri, kebangsaan dan seterusnya antarabangsa.

  5. Teknik aliran Terolak telah berjaya bantu pesilat pertubuhan merangkul satu pingat Perak Dunia dalam acara tanding, berbelas pingat Emas kebangsaan dalam acara seni dan tanding dan berpuluh pingat peringkat negeri.

  6. Silat Terolak adalah aliran yang Guru Utama kekalkan tanpa merosakan keaslian tekniknya. Terolak adalah satu modul yang Guru Utama gunakan untuk mendidik dalam Pusaka Tujuh. 


Thursday, February 14, 2019

PERSEMBAHAN MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KEJOHANAN SEPAK TAKRAW MSSPs


Dewan Serbaguna MSN Perlis
14 Febuari 2019

Tahniah adik-adik yang gigih berlatih bersama cikgu Aman. Moga terus dikurniakan nikmat kesihatan dan masa lapang. Banyak lagi program tahun ni perlu kita urus bersama kalau Allah izinkan. Hari ini ada Pak Cik Singh sumbang RM 50 untuk menyokong adik-adik. Cikgu Fizi, Cikgu Din, Ustaz Firdaus dan Bro Afdal pun datang hari ini.

Saturday, June 23, 2018

PERMATA PUSAKA TUJUH


PERMATA PUSAKA TUJUH

Generasi baru mungkin rasa asing dengan dua orang tokoh Pusaka Tujuh ini. Cikgu Shafii dan Pak Ngah Husni KL.

Cikgu Shafii merupakan Setiausaha Pusaka 7 pertama, beliau telah menganjurkan lebih dari lima pertandingan bersama Pusaka Tujuh termasuk dengan pertandingan dan perkhemahan yang mendapat kerjasama IPD Padang Besar 20 tahun lepas. Pada zaman beliau juga, Cikgu Jurida mendapat pingat Perak Dunia dan pingat Emas di SUKMA.

Pak Ngah Husni KL pula telah melatih seni golok dan tari silat seni untuk pesilat Pusaka Tujuh, alhamdulillah kita telah mendapat pingat Perak di Bukit Jalil dan Emas serta Gangsa di Ayer Keroh, Melaka kira-kira 20 tahun lalu. Selain itu, beliau terus cuba mendidik ilmu silaturrahim kepada anak Pusaka Tujuh setiap tahun. Harap usaha mereka dapat difahami dan diamalkan.

Kalau orang Gayong teringat Dato Meor Rahman minggu ini, admin pula teringat jasa mereka berdua yang juga pernah menjadi anak Gayong sebelum ini.

Sunday, September 3, 2017

Important Individuals: Penghulu Yusuf

3. Penghulu Yusuf bin Abdullah

 In the year 1978, Zubir bin Mat met a well-known warrior who had awesome skills during his youth. He was one of the Silat Terelak’s warrior and taught Zubir bin Mat Isa silat moves in the form of training and strikes. That warrior is Yusuf bin Abdullah or known as Pak Choh Tok Le’.

 On one occasion, Pak Choh Tok Le’ defeated a Japanese army officer who was armed with samurai sword with an empty hands at a place called Bukit Keteri. Because of this incident, that officer was impressed with Pak Choh and appointed him as a village headman of Kampung Peruah, Tok Kayaman, Perlis.

 The Japanese army rewarded a pair of samurai swords and a bicycle as an act of acknowledgment to Pak Choh. He has a vast experience in the fighting ring as one among the champions in the silat arena and is unbeatable at his own place. However, Zubir bin Mat Isa only managed to be Penghulu Yusof bin Abdullah’s student for a short time because his father Lebai Isa (Mat Isa) told him to stop from being a sudent to Pak Choh.

Raymond

Important Individuals: Haji Mat Isa Bin Osman

2. Mat Isa bin Osman 

Mat Isa with a part of his family


 Mat Isa bin Osman is the father of Zubir bin Mat Isa and has many titles such as Lebai Isa, Lebai Jawa and in the laduni world of grandeur is Lebai Jawa Anak Rimau. He is a pondok’s famous figure, a Tarikat Suluk Shadow Caliph (Kalifah Bayangan Tarikat Suluk) and were feared of his fierceness. When he accepted the teaching of Islam according to the Al-Quran and As-Sunnah, he abandon all superstition practices and leave Tarikat Suluk. Later on, he become the Imam Masjid Padang Besar Utara, Perlis and give religious education including teaching the Al-Quran to the kariah children. He is very worried that his son would lost himself learning silat since he knows, there is no silat without superstitious practices.

 Although his father, Mat Isa bin Osman is against his son as he does not understand what Zubir bin Mat Isa did but when he watched with his own eyes how Silat Seni Pusaka Tujuh developed without any mysticism element, plus seeing the Pusaka Tujuh is against the practice of mysticism, Mat Isa Osman finally support Zubir Mat Isa, before he passes away. In his will, Mat Isa Osman bequeath a plot of land for the benevolence by Pusaka Tujuh.

Important Individuals: Zubir Bin Mat Isa

Important Individuals in Silat Seni Pusaka Tujuh 

1. Zubir bin Mat Isa 



The founder and Grandmaster of Silat Seni Pusaka Tujuh(SPPT), Zubir bin Mat Isa was born in May 17, 1964, in the town of Padang Besar Utara, Perlis. He grew up as a child of the border of Thailand and Malaysia and is exposed to the atmosphere busy with PKM’s activity (Communist Party Malaya), gangsters smuggling, prostitution and various kind of wild and violent phenomena in the border which at that time the town was called ‘Cowboy Town’. A violent situation and shooting of guns, fights and gangsters has led his interest in the field of martial arts. In his early youth, he is exposed to Muay Thai or Siamese Tomoi, as it is one among the martial arts at the border at that time. When he is 13 years, he learned the spiritual element known as Seni Persaudaraan Nasrul Haq. But he have to end his learning because his father stopped him from go on with it because according to his father that silat is against the Islamic Law. 

Mat Isa bin Osman is the father of Zubir bin Mat Isa and has many titles such as Lebai Isa, Lebai Jawa and in the laduni world of grandeur is Lebai Jawa Anak Rimau. He is a pondok’s famous figure, a Tarikat Suluk Shadow Caliph (Kalifah Bayangan Tarikat Suluk) and were feared of his fierceness. When he accepted the teaching of Islam according to the Al-Quran and As-Sunnah, he abandon all superstition practices and leave Tarikat Suluk. Later on, he become the Imam Masjid Padang Besar Utara, Perlis and give religious education including teaching the Al-Quran to the kariah children. He is very worried that his son would lost himself learning silat since he knows, there is no silat without superstitious practices. 

Grandmaster is a Javanese descendant, his descent do trade from Sumatera to Tanah Melayu and open a settlement in the Alor Ara area, sub-district of Sungai Adnan and Mata Ayer in Perlis. Grandmaster is naturally from the warrior lineage and his descent inherited the Original Seni Gayung from Tanah Seberang as a family’s silat heritage and is extremely powerful with a spirit called ‘Ledang’ (a kind of tiger). 

When Grandmaster’s father accepted the true religion belief from the correct teachers and deepens it, he rejected all the superstition practices. From his family’s silat as well as the ‘Ledang’ of his family. His father strongly forbade his son from learning silat because of the superstition and kesyirikan thus making it difficult for Grandmaster to learn silat. In the year 1978, Zubir bin Mat met a well-known warrior who had awesome skills during his youth. He was one of the Silat Terelak’s warrior and taught Zubir bin Mat Isa silat moves in the form of training and strikes. That warrior is Yusuf bin Abdullah or known as Pak Choh Tok Le’. 

 On one occasion, Pak Choh Tok Le’ defeated a Japanese army officer who was armed with samurai sword with an empty hands at a place called Bukit Keteri. Because of this incident, that officer was impressed with Pak Choh and appointed him as a village headman of Kampung Peruah, Tok Kayaman, Perlis.

 The Japanese army rewarded a pair of samurai swords and a bicycle as an act of acknowledgment to Pak Choh. He has a vast experience in the fighting ring as one among the champions in the silat arena and is unbeatable at his own place. However, Zubir bin Mat Isa only managed to be Penghulu Yusof bin Abdullah’s student for a short time because his father Lebai Isa (Mat Isa) told him to stop from being a student to Pak Choh.


 Finally, Grandmaster brought himself to Kuala Lumpur when he was about fifteen (15) years old. He had to leave Perlis by the advice of Police and People’s Representative of Padang Besar Goh Eng Ton and it was supported by his father Mat Isa. This incident happened because Grandmaster who was the Head Prefect of National Secondary School of Batu 16 (now known as Raja Puan Tengku Fauziah) at that time was involved in a big fight between the Chinese group of Pekan Sayur, Kaki Bukit, Perlis who had attacked that school. Zubir bin Mat Isa was the youngest Head Prefect of Perlis on the year 1997 because he is strict when performing his responsibility as a prefect. The fight took place between.

 When in Kuala Lumpur, he stayed with his brother-in-law at Kampung Pandan. At this time, he involved in silat while learning Japanese martial art Karate-Do and Tai-Chi. With the opportunity being away from his father, he learned all the martial arts. Among the silat he learned while he was in Kampung Pandan are Depowoojo (Javanese Silat) and Gerak Alam Suci silat. But after a year and a half afterwards, he faced family crisis with his brother-in-law. The crisis happened because of different viewpoints they had and the intervention of his father Lebai Isa had cause him to leave Kampung Pandan and began travelling.

 He travelled everywhere such as to Indonesia for over 3 months and the Penisular Malaysia. During his travelling, he seek knowledge and deepens more silat’s knowledge, traditional Malay’s medicine and religious knowledge. Finally, after several years of travelling and learned the knowledge on Silat Melayu and Pencak Silat Indonesia (Cimande), Zubir Mat Isa return to Perlis. However, his return did not bring him closer to his family because of his stand and his way of life are unacceptable to his family. He was cut off from his own family, but this does not break his spirit. Zubir Mat Isa keep on travelling and begin teach his silat’s knowledge. Since too many silat he has learned, he face problems on how to teach his pupils.

 Starting from unorganized method, Grandmaster Zubir Mat Isa has organize trainings and moves until it becomes a syllabus that includes many techniques and tactics from the various basic of martial arts and this establish the Pusaka Tujuh. 

 Finally, Grandmaster Zubir Mat Isa continues to advance forward with his the development of his martial art and opens the martial arts classes all over Perlis. Starting off with challenges from his family, community and friends, he face failures in his early days of teaching martial arts for lack of knowledge on how to teach, however he keep pressing forward and learn. Eventually the Pusaka Tujuh has become an authorized silat society and was admired from friends and opponents.

 Silat Pusaka Tujuh has grown over to France, Germany, Sweden and Thailand. Grandmaster Encik Zubir Mat Isa succeeded in becoming an International Jury/ Wasit (Silat Referee). His second wife is a champion of two World Silat Championship. His nine children all involved in the Silat world. They had managed to make themselves known in the world of silat because of their winnings in several championships. Among them: Zulfakar Zubir a twice youth champion in national youth championship and Zulkarnain Zubir one time youth champion in national youth championship. Likewise pupils from his Pusaka Tujuh Silat have their own success at state and national levels. 

 Truthfully, many do not understand the road Grandmaster Zubir Mat Isa walked on. He wants something different in his life, loves challenges, and fond of building something new but hate those who imitate the culture or the way of life of others.

 His quote is “To be successful, do not walk the route of failures.” Although his father, Mat Isa bin Osman oppose and did not understand what Zubir bin Mat Isa did but when he saw with his own eyes how Silat Seni Pusaka Tujuh grow without mysticism element, plus seeing the Pusaka Tujuh is against the practice of mysticism, Mat Isa Osman finally support Zubir Mat Isa, before he die. Mat Isa Osman bequeath a plot of land for the benevolence done by Pusaka Tujuh.

 Now, Silat Seni Pusaka Tujuh has obtained approval from the Perlis State Fatwa Council that the Pusaka Tujuh is clean from all sorts of practices that are disagreeing with the syarak. In accordance with the Perlis State Fatwa Council, Silat Pusaka Tujuh should be learn. Silat Pusaka Tujuh does not have any mysticism practices but Grand Master has succeed in creating the inner strength that is generated by movement and mind focus which is called the sixth sense. In order to achieve the inner strength, the pupil need to practice passionately, self-confident and high spirits.

Korban Tahun 2017, Ujian Proses 23 Ekor Kambing

Alhamdulillah pada tahun ini, Pusaka Tujuh meneruskan lagi tradisi memproses haiwan korban khususnya kambing. Keistimewaan teknik proses kambing oleh tim Cikgu Zubir Mat Isa adalah mereka menjaga kualiti daging sehingga bau kambing dapat diminimakan. Daging kambing seperti ini amat sesuai untuk dicuba oleh individu yang trauma dengan aroma kambing.

Kali ini, terdapat pak cik- pak cik dan adik-adik junior  turut serta memerhati dan mempelajari keunikan teknik proses kambing tersebut. Pada kami, tiada yang eksklusif tentang teknik tersebut melainkan ianya adalah teknik gantung kaki belakang kambing dan pentingnya menjaga daging agar tidak terkesan dengan gangguan dari aroma bulu-bulu, pundi kencing, darah serta hempedu.

Kami memang tidak akan sesekali gantung kepala semasa memproses kambing yang disembelih. Turut membantu kali ini ialah Cikgu Ghani dan isterinya Cikgu Asmawati, Cikgu Zulkarnain, Cikgu Aman, Adik Safwan serta rakannya, sanak-saudara Cikgu Zubir Mat Isa dan tuan-tuan haiwan sembelihan yang turut serta. Ini sedikit gambar untuk kenangan korban 23 ekor kambing kali ini.









اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله ُ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ وللهِ الْحَمْدُ